Kejap ya,
Datin nak bagi salam dulu .. ehem ..
Assalamualaikum ..
" Perghhhhhh .. ~ "
Mesti perkataan pertama yang keluar dari mulut korang bila baca title entri Datin ni kan kan kan. Agak dah .. ~ Intro gambar sket sebelum Datin membebel lebih panjang lebar.
Tadaaa .. ~ Main teka-teki jap ngan Datin nak? Korang rasa pelamin kat atas pelamin 'bertunang' kah 'berkahwin' kah? Yaaa betol! Berkahwin bertunang!
Maka dengan itu entri ini Datin 'tuju' kan khas untuk .. (bukan 'tuju lagu', 'tuju entri') .. sambung balik, di tujukan khas untuk kezen-pompan-yang ke-2-selepas-Datin-yang-belah-mak-bukan-belah-bapak. Fuhhh~ detail. Yang baru sahaja ditunangkan dengan tunangan beliau yang bernama Safwan (Datin tak berapa sure nama tunang beliau, sebab itu Datin cover dengan garis, takut kena saman :| ) pada 4 Jun 2011 yang lepas.
10 jam okay perjalanan kereta Datin dari Kuching ke Bintulu (Destinasi umah kezen). Sampai kebas montot sebab duduk terlalu lama dalam kereta. Ya ya ya, Datin boleh baca fikiran sedara sedari.
'Kata Datin Seri, kenapa naik kereta, kenapa tak naik jet persendirian, koman2 pun naik MAS ke AIR ASIA economy class, beli tiket promotion setahun lebih awal .. Ptuiii~ '
Eh-eh hellooo~ (kepala ke kiri dan ke kanan, sambil tangan belah kanan hayun ke udara membentuk huruf 'Z') . Duit PTPTN Datin dah habis okay! Tak mampu beli tiket. *kepala tunduk*
Ok, kita lupakan dan abaikan itu semua. Yang penting BERTUNANG! Maksud Datin yang penting, Datin habiskan dahulu ceritera tunang kezen Datin ni. Nak di pendekkan cerita, kezen Datin ni muda setahun dari Datin. Haaa? Kenapa dia tunang dulu? Sadisnya Datin tak tunang-tunang lagi *sorok kepala dalam plastik*
Datuk D .. ~ Bila nak masuk minang ni T___________T
Ok2, hormon kekeladian tiba-tiba muncul.
Lupakan.
Apa-apa pun, TAHNIAH & CONGRATULATIONS Datin ucapkan kepada kezen Datin yang bernama Ina di atas pertunangan beliau. Dengan ucapan "Kahwin tahun depan ya, tahun ni banyak sangat undangan perkahwinan belah Bapak Datin. Penat Datin nak susun schedule. Al-maklumla orang penting (la sangat) kan? Kata Datin Seri."
Sebelum Datin menamatkan entri ini, apa kata sedara sedari luangkan barang seminit dua dengan beberapa keping gambar di bawah. Kot-kot ada yang berkenan. Tak teringin ke nak ber-kezen ipar kan Datin Seri AG? Ouchhh~
Kezen2 perempuan Datin belah mak.
Tak sangka semua dah besar dengan jaya nya. Dulu kecik-kecik je mereka ni. Terutama sekali yang rambut panjang belakang sebelah kiri tu. Dia la yang paaaling kecik. Ok, shut-up. :|
Hantaran dari pihak Safwan.
(Lupa nak selit kat atas, Safwan ada kembar) So? So mak Datin suruh Datin ngorat kembar beliauuuuu! *nangis teresak-esak seakan-akan tidak sanggup* Heh! Rekaan semata-mata. Abaikan.
Anak panah merah itu bukan menunjukkan arah tempat kejadian, tetapi lebih kepada hantaran-pilihan-Datin jika menyorok salah satu hantaran ke dalam bagasi untuk di bawa balik ke Kuching bukanlah satu kesalahan. Kenapa begitu sekali Datin? Kerana!!! Kerana set alat make-up CHANEL itu sangat menggoda tahu! Arghhh lebih menggoda dari Prema Yin & Shah Jazle dalam video klip "Marilah Menari". *muntah hijau*
Sekian sahaja.
*Chupp-chupp pipi kiri. Chupp-chupp pipi kanan*




3 Yang Hebat:
Testing2
boleh sik testing2?hehehehe.hai ajnek.kacak pelamin ya.mek mok!hahahaha. :P
ktk ajnekkk kuasa 10! ekeke
ambik la yang. RM500 jak. hakhak
Post a Comment