Memperkenalkan

My Photo
Datin Seri AG
Super-strong-to-be Datin.
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 20 June 2011

20:06:2011



Assalamualaikum





It is ..







Dear D ..





Biar waktu yang menentukan segalanya ..




.................................................................................................................




Dan ..





Hanya satu yang pasti ..




with all my heart ..



Thursday 9 June 2011

Jangan Bersedih - 2



Assalamualaikum..



Wahai hati ..



Bersabarlah ..




"Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya

untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri.

Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah.

Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Adil.

Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan dari-Nya.

Beringatlah .. "



Jangan Bersedih


Assalamualaikum ..


Awak ..




Awak ..


Awak ada buku ini kan?


Awak baca ya.


Walaupun saya hanya pernah menyelak beberapa helaian muka surat buku ini suatu masa dahulu, saya pasti ianya sedikit banyak mampu merawat kedukaan awak di saat ini.


Insya'Allah.


------------------------------------------------------


Awak ..


Tengok ni ..











Macam saya tak?


=)


Bila saya sedih, saya tengok dia, saya terus senyum.


Harap sekarang awak pun tengah tersenyum.


=)  (Saya)  +  =)  (Awak)


=) =)
(Senyum Bersama)


Selamanya.


Amin~



Wednesday 8 June 2011

Allah Selamatkan Kamu

Assalamualaikum ..

Datin kembali -.^

Pejam punya pejam punya pejam baru celik, dah 8hb Jun 2011 rupanya. Seperti biasa, kita segarkan mata dulu ya.

AMARAN: Yang puasa ganti, puasa sunat, puasa nazar, sila baca entri ni esok. Sekian.

Tadaaa~


Kecuq air lioq naaa .. Ikan keli sambal tueee .. nyum2.

FYI, selama 22 tahun 11 bulan 2 hari, Datin tak pernah rasa lagi betapa mabelesss nya ikan keli sambal ni. Percayalah. Datin tak tipu punyeee. Sebab? Datin bukan jenis orang yang mencabar dalam merasai makanan. Pelik tapi benar belaka.

Ok, sedara sedari mesti kurang sabar untuk mengetahui. Apakah relevan nya tajuk entri dengan gambar ikan keli sambal. Relaks la bang. Kita ambik udara segar dulu. Meh ikut Datin survey Kek Hari Jadi jap.


Kedai Kek Pertama

Datin: Hai. I nak beli kek.

Pengusaha Kedai Kek: Hai. Sila2. Memang kami jual kek je Datin. Kalau nak beli basikal kat sini tak ada, kedai sebelah ada. *senyum sampai telinga*

Datin: Oo ok. *tak senyum langsung* I nak kek hari jadi ya. I nak yang bentuk ikan. I nak bentuk ikan keli ya. Tapi I tak nak bentuk anak ikan. Opss silap. Maksud I, I tak nak bentuk ikan anak keli. I nak yang bentuk bapak ikan keli. (haaaa amik ko!) *senyum puas hati*

Pengusaha Kedai Kek: Ok. *muka ketat*

................. 5 minit kemudian .....................

Pengusaha Kedai Kek: Tadaaa! Saya pasti ini kek yang Datin cari. *senyum smpai ke telinga lagi*



Datin: Erkkk. Ni ikan keli yang dah berapa puluh ratus kali plastik surgery ni???

Pengusaha Kedai Kek: ............ *diam* (Dalam hati: Kuang hajaq!)

Datin: ............*diam jugak* (Dalam hati: Salah ke soalan aku? Whateva~ I Datin. I berhak demand.)

Ermmm tak pe la cik. I survey dulu ye. Thanks anyway. *berusaha mengembalikan budi bahasa budaya kita*


........... Datin pun berlalu pergi ke kedai-kedai kek yang seterusnya ...............



Kedai Kek Ke-2

Datin cut dialog ya. Macam-macam songeh tukang jual kek ni. Tukang jual kek ya. Datin tak. Meh kita jenguk sket rupa paras kek kat kedai ni.


Jeng jeng jeng!




Ermmm. Ni korang rasa pengusaha kedai kek tu yang buat ke, ke anak dia yang umur 4 tahun saja nak main masak-masak kek guna play-doh pastu bako lam oven kat kedai bapak dia dengan harapan bapak dia akan wariskan kedai kek kat dia di atas bakat yang beliau tonjolkan. Hampa. Ok, next pit stop!



Kedai Kek Ke-3


Hambekkk!




Datin: Hoi hoi hoiiiiiiiii aku nak ikan keli bukannya DUGONG! Taula misai da cun terletak.

Assistant Pengusaha Kedai Kek: Tapi Datin, ni mix. Bapak dia ikan keli, mak dia dugong. Tetap ada darah ikan keli mengalir dalam badan beliau Datin.

Datin: .................................... :|



Kedai Kek Ke-4


Wowwwwww!



I'm impressed!!! Bagus2. Menepati ciri-ciri Kek Hari Jadi ikan keli yang cukup sifat yang Datin kehendaki. Eh jap! Ni bukan ikan keli local ni. Bukan bukan bukan. Ikan keli local warna hitam menawan. Ikan keli ni cekelat keputihan keputih-putihan, siap ada *freckles lagi. Ikan keli mat salleh ni. Import ni. Sijil Halal ada tak ni? Haishhh. Bala2. Cancel. Next-next-next kedai.

* small light-brown spot on the human skin (Oxford Dictionary, 2nd Edition)


............ Ni kedai last, Datin dah berjanji dalam diri, confirm dan muktamad ..........



Kedai Kek Terakhir


Ermmm ..



Ermmm lagi ..



dan lagi Ermmm ..




Yeaa Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

*angkat 2 jari ala2 rockers*

Akhirnya~ Datin jumpa juga Kek Hari Jadi Ikan Keli yang terbaek dalam puluhan yang tak baek langsung. Fuhhh~ *kesat keringat di dahi*

Maka dengan ini, Datin tujukan entri yang low-profile ini istimewa kepada sahabat tak sama spesies (dia ikan, Datin manusia) Encik Mohd Ikebal Bronsteijn Hashim sempena Hari Tua beliau yang ke 23. Dengan ucapan 'Mun ko kawen ngan jenah, aku mok pass VVIP hotel 5 bintang. *ASK. Zzz~' (Tekan butang alih bahasa: 'Kalau ko kawen dengan jenah, aku nak pass VVIP hotel 5 bintang. *ASK. Zzz~'

* ASK - Allah Selamatkan Kamu

Sekian.

*Chupp-chupp pipi kiri. Chupp-chupp pipi kanan*





Tuesday 7 June 2011

Bila 2 Hati Menjadi 1

Kejap ya,

Datin nak bagi salam dulu .. ehem ..

Assalamualaikum ..

" Perghhhhhh .. ~ "

Mesti perkataan pertama yang keluar dari mulut korang bila baca title entri Datin ni kan kan kan. Agak dah .. ~ Intro gambar sket sebelum Datin membebel lebih panjang lebar.



 Tadaaa .. ~ Main teka-teki jap ngan Datin nak? Korang rasa pelamin kat atas pelamin 'bertunang' kah 'berkahwin' kah? Yaaa betol! Berkahwin bertunang!

Maka dengan itu entri ini Datin 'tuju' kan khas untuk .. (bukan 'tuju lagu', 'tuju entri') .. sambung balik, di tujukan khas untuk kezen-pompan-yang ke-2-selepas-Datin-yang-belah-mak-bukan-belah-bapak. Fuhhh~ detail. Yang baru sahaja ditunangkan dengan tunangan beliau yang bernama Safwan (Datin tak berapa sure nama tunang beliau, sebab itu Datin cover dengan garis, takut kena saman :| ) pada 4 Jun 2011 yang lepas.

10 jam okay perjalanan kereta Datin dari Kuching ke Bintulu (Destinasi umah kezen). Sampai kebas montot sebab duduk terlalu lama dalam kereta. Ya ya ya, Datin boleh baca fikiran sedara sedari.

'Kata Datin Seri, kenapa naik kereta, kenapa tak naik jet persendirian, koman2 pun naik MAS ke AIR ASIA economy class, beli tiket promotion setahun lebih awal .. Ptuiii~ '

Eh-eh hellooo~ (kepala ke kiri dan ke kanan, sambil tangan belah kanan hayun ke udara membentuk huruf 'Z') . Duit PTPTN Datin dah habis okay! Tak mampu beli tiket. *kepala tunduk*

Ok, kita lupakan dan abaikan itu semua. Yang penting BERTUNANG! Maksud Datin yang penting, Datin habiskan dahulu ceritera tunang kezen Datin ni. Nak di pendekkan cerita, kezen Datin ni muda setahun dari Datin. Haaa? Kenapa dia tunang dulu? Sadisnya Datin tak tunang-tunang lagi *sorok kepala dalam plastik*

Datuk D .. ~ Bila nak masuk minang ni T___________T
 Ok2, hormon kekeladian tiba-tiba muncul.
Lupakan.

Apa-apa pun, TAHNIAH & CONGRATULATIONS Datin ucapkan kepada kezen Datin yang bernama Ina di atas pertunangan beliau. Dengan ucapan "Kahwin tahun depan ya, tahun ni banyak sangat undangan perkahwinan belah Bapak Datin. Penat Datin nak susun schedule. Al-maklumla orang penting (la sangat) kan? Kata Datin Seri."

Sebelum Datin menamatkan entri ini, apa kata sedara sedari luangkan barang seminit dua dengan beberapa keping gambar di bawah. Kot-kot ada yang berkenan. Tak teringin ke nak ber-kezen ipar kan Datin Seri AG? Ouchhh~



Kezen2 perempuan Datin belah mak.

 Tak sangka semua dah besar dengan jaya nya. Dulu kecik-kecik je mereka ni. Terutama sekali yang rambut panjang belakang sebelah kiri tu. Dia la yang paaaling kecik. Ok, shut-up. :|



Hantaran dari pihak Safwan.

(Lupa nak selit kat atas, Safwan ada kembar) So? So mak Datin suruh Datin ngorat kembar beliauuuuu! *nangis teresak-esak seakan-akan tidak sanggup* Heh! Rekaan semata-mata. Abaikan.

Anak panah merah itu bukan menunjukkan arah tempat kejadian, tetapi lebih kepada hantaran-pilihan-Datin jika menyorok salah satu hantaran ke dalam bagasi untuk di bawa balik ke Kuching bukanlah satu kesalahan. Kenapa begitu sekali Datin? Kerana!!! Kerana set alat make-up CHANEL itu sangat menggoda tahu! Arghhh lebih menggoda dari Prema Yin & Shah Jazle dalam video klip "Marilah Menari". *muntah hijau*

Sekian sahaja.

*Chupp-chupp pipi kiri. Chupp-chupp pipi kanan*

Monday 6 June 2011

Kelahiran Semula

Assalamualaikum Pembuka Bicara ..

Ehem.. 06/06/11 ..

Maka .. Terlahirlah ..

My Second Life Baby 'Mariii Membaca~'



Olololo kuchi kuchi~

Bukan baca Iqra' ye sedara sedari, mahupun majalah Mangga .. Baca blok batu bata blog Datin jer~ (Pleaseee Datin, It's Semester Break okay~ blok batu bata, simen Cahaya Mata Sarawak, pasir, aggregate, buruh kasar, buruh lembut dll simpan untuk sem depan!)

Erkkk .. okay :| Ada pula watak sampingan mengganggu Datin menaip.
Benci benci benci!

(Dalam blog pun kita boleh letak banyak watak ye. Ikut sesedap rasa sedara sedari.)

Ok-ok, Datin nak menaip dengan serius. Banyak sangat dah Datin mencarut mengarut di atas sana.

Straight to the point.

'Kelahiran Semula' merupakan tajuk entri Datin yang pertama. Pasti anda tertanya2, mengapakah dan kenapakah 'Kelahiran Semula' ? Ok, begini ceritanya ..

Once upon a time, they live a beautiful princess .. erkk :| Ok, senang cerita, I used to be a blogger. Heee~ :) Kalau Datin tak silap dalam tahun 2006-2007-2008. And then Datin stop, reason? PUTUS CINTA :'( Ha-ha-ha. Tipu! Sebab semangat menaip Datin hilang suda nyahhh~ simple!

Dan akhirnya semangat kembali memuncak tatkala melihat teman mem-blog Datin tahun 2006-2007-2008 Pehin Seri Neessa Othman memulakan operasi mem-blog kembali. Yeayyy babeh~



Blogging! Blogging! Blogging!

Plus ------ Cuti sem 3 bulan lebih2 okay! *Meraung*
Den nak buek apo kek uma? Tanam lomak? Oh, Good Idea -.-'

Ok sedara sedari, panjang berjela entri pertama Datin ni ye. Al-maklumla hormon blogging masih menggelegak. Jari-jemari Datin dah lenguh ni, nak suruh Datuk urut2 jap (ouchh~). Tunggu entri seterusnya dari Datin ye.

 *Chupp-chupp pipi kiri. Chupp-chupp pipi kanan*